Semalam, pasukan kebangsaan Malaysia kalah 4 - 0 dgn Arsenal.
Hari ni ramai 'peminat bolasepak' muncul di kalangan rakyat Malaysia dgn pelbagai komen - "Kena ayam", "Takde stamina", "Arsenal main2 je, belum betul2 lagi" dan macam2 lagilah.
Malangnya kebanyakkan mereka ni tak pernah sepak bola pun dlm masa 10 tahun lepas (mungkin lebih dari tu), kalaulah tak de stesyen LRT atau Carrefour Sri Petaling, mungkin nak pergi ke Stadium Bukit Jalil pun tak tahu camana. Beginilah sebenarnya perangai rakyat jelata di negara ini. Kalau komen memang nombor 1. Bila suruh buat, haram tak boleh.
Walau bagaimanapun, saya sebenarnya nak post gambar menarik di bawah ni. Sama2 lah kita lihat dan renungkan....
Mungkinkah mereka mempunyai nilai patriotik lebih dari anda??? |
27 Julai ni mari turun sama2 utk memberi sokongan kpd Pasukan Harimau Malaya menentang Singapura.